sahabat :)

Monday 23 April 2012

Tips Muka Berkat!! :D

assalamualaikum..:)
hye semua sahabat Miss Amy..:)

entri kali ini Miss Amy nak kongsi tentang muka kita semua...:)
sahabat blogger tahu tak maksud muka??

Muka adalah interpretasi atau tanggapan awal terhadap seseorang sebelum kita mengenalinya dengan lebih jauh. Kadangkala bila memandang wajah seseorang hati terasa tenang. Di wajahnya seolah- olah terpancar nur (cahaya). Malah pada wajah seseorang juga kita dapat mentafsir rahsia tentang peribadi seseorang disebaliknya..........

Muka juga adalah jelmaan hati. Hati yang tenang akan mempengaruhi wajah dan memancarkan ketenangan juga..


Tips nak dapat Muka Berkat...:D
  • berzikir dan membaca Al- Quran
             ~ amalan- amalan nie dapat memberi ketenangan  hati yang akan terpancar melalui wajah
                seseorang
  • sentiasa berwuduk dan menyempurnakan solat
             ~ wuduk bererti membersihkan anggota- anggota badan yang penting, yang zahir apabila 
                berhadapan dengan orang termasuk wajah. Wajah yang selalu sujud (solat) pada Allah 
                S.W.T akan terserlah serinya. Untuk pengetahuan pembaca blogger semua, solat akan

                mencantikkan wajah kita. Wahhhh..dengan solat aje dapat cantik??? ^^
  • amalkan perkara- perkara sunat seperti bermanis muka dan senyum
             ~ "Senyumanmu pada wajah saudaramu itu adalah satu sedekah." Dan "Janganlah kamu
                memperkecilkan perkara yang baik walaupun sekadar  bermanis muka apabila berjumpa
                saudaramu."
  • hindari maksiat
            ~ maksiat yang kita lakukan akan 'mengeruhkan' wajah. Lihat sahaja anak- anak kecil yang
               bersih daripada dosa, walaupun mereka tidak mempunyai gigi, tetapi senyuman mereka
               amat mencuit hati dan sangat comel. Jap!! Miss Amy nak tanye....macam mana pula kalau
               kita nie senyum tanpa gigi??! sendiri jawab la haaaaaaa....hehehe..:P
  • pemakanan yang halal dan sihat lagi berkhasiat
            ~ elakkan makan makanan yang haram dan memudaratkan. Amalkan pemakanan yang
               berkhasiat kerana jika tersalah makan ia akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis
               penyakit yang boleh memberi kesan kepada air muka atau rupa wajah...... 


haaaaa..macam mane??
sahabat Miss Amy semua da tahu kan macam mane kita nak dapat berkat dan dalam masa yang sama memperoleh dan memiliki Muka Berkat...:D

moga dengan entri kali ini...sahabat blogger juga Miss Amy merperoleh satu lagi ilmu Allah S.W.T...

assalamulaikum.....:)

8 comments:

adilah said...

salam..
mudahnya nak dapat muka cantik sbnrnya..cantik dr dlm.. :)

akubiomed said...

Mengambi wuduk yang sempurna boleh memberikan muka berseri-seri.

suri said...

muka yg tenag klu pandang org bals senyum hee..klu pandnag muka org tu msam kita nak toleh lagi skli atau nak tegur rasa takut heee

Miss Amy said...

hehehehhee..betul tuh kak suri..hehe..
mmg takut..
tapi dalam masa yang same..
kite tahu org tuh ade msalah..melalui riak muka dia je kan..:)

Unknown said...

kerana muka hati dapat dibaca..samaada dia ada masalah atau tidak!!

Miss Amy said...

ye..stuju dgn encik cool..:)
dr muka lah segalanya bermula..

Anis said...

Miss amy, suka lah artikel ni. Salam perkenalan. nnt follow i blk ye.

http://anisvitashop.blogspot.com/

Miss Amy said...

trima kasih sbb suka..nnti rjin2 lah singgah blog miss amy ye..:)
ok..boleh je nk follow..
salam perkenalan jugak ye..:)

Cite Yang Korang Terlepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...