Salam kepada readers sekalian,
Sejak kebelakangan ini, Fuhrer agak sibuk dengan kerja. Tahun ni rase
macam banyak plak keje yang melanda fuhrer(hahaha). Kadangkala sampai nak
update blog pun tak sempat. Hemm…x pa, orang kate janji dapat update.
Jangan sampai tak update sudey..hehehe..
Hari ini Fuhrer nak kongsi kepada semua tips untuk awet
muda..hahahaha…(mesti ramai aweks2 nak dtg blog chip lepas ni..hehehe).
Sapa yang tak mau nampak muda kan??. Ok..chip dapat ni pun dengan secara
tidak sengaja dalam dok main niche kat google ni. Rase macam tips ni
mcm ok jek.So, Fuhrer share la yek.
- Jaga Kulit daripada Pancaran UV Matahari
Ini adalah antara faktor kulit kita kering dan menyebabkan ia nampak
tua daripada usia. So caranye dengan menggunakan krim perlindungan
matahari setiap hari. Jika rasa2 macam x mampu je nak pakai kosmetik
yang mahal tu. Pemakaian bedak asas pun boleh x pun kerap basuh muka.
Itu pun boleh jugak. Ini akan mengekalkan kelembapan kulit muka.
- Elak merokok
Haa..ini memang betul pun. Elakkan daripada merokok. Asap rokok ini
tidak secara langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana
kandungan rokok itu akan menyebabkan pengurangan oksigen dalam badan
seorang perokok. Apabila ini berlaku, ia akan melambatkan proses
pembentukan sel2 baru dalam badan menyebabkan wajah nampak pucat dan
tidak bermaya. Ia juga boleh mengundang garis2 halus pada mata.
- Pencucian dalaman
Kebanyakan wanita tidak mengamalkan pencucian wajah sehingga bersih
secara dalaman. Pencucian yang tidak bersih dipercayai akan mengundang
kekeringan kulit dan kedutan. Anda tidak perlu menggunakan pencuci wajah
yang mahal, sebaliknya pencuci biasa yang berbentuk krim boleh
menanggalkan kekotoran apabila dikesat dengan kain kapas. Manakala,
untuk kulit kering pula urut wajah dengan pencuci yang berminyak,
biarkan selama beberapa minit dan cuci dengan air suam.
- Pelembapan dua kali ganda
Selain pelembapan seharian, anda juga boleh meningkatkan tahap
pelembapan kulit sama ada menggunakan topeng muka atau menyapu krim
pelembap mahupun krim malam dalam lapisan tebal pada seluruh wajah.
Biarkan lapisan tebal itu selama lima hingga 10 minit dan lap dengan
tisu.
- Aktifkan peredaran darah
Bersenamlah sekurang2nya 30 minit sehari 4 kali seminggu. Bersenam
akan menyebabkan badan kita aktif dan mengaktifkan peredaran darah dalam
tubuh kita. Apabila peredaran darah ini lancar, ia akan menceriakan
kita. Secara pyschology nya, perasaan yang ceria dan hati yang tenang
akan menyebabkan kita nampak muda.
- Kerap membelai wajah
Walaupun saban hari, anda menggunakan produk penjagaan kulit untuk
memiliki kulit yang cantik tetapi rawatan wajah sebulan sekali amat
membantu dalam menangani masalah kulit dan melambatkan proses penuaan.
Gunakan rawatan wajah yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
- Pengendalian lembut
Ketika menggunakan produk penjagaan kulit atau solekan, anda perlu
oles secara lembut supaya ia tidak merosakkan kulit wajah. Kulit
sekeliling mata disifatkan lebih lembut berbanding di bahagian lain.
Maka ia perlu dibelai secara lembut ketika menyapu krim pencuci atau
krim mata. Semasa menyapu krim pada mata atau wajah, anda dinasihatkan
menyapu krim tersebut menghala ke atas dan bukan ke bawah.
- Pemakanan yang seimbang.
Ini adalah antara perkara yang penting dalam ingin mendapat awet
muda. Apabila kita mendapat pemakanan yang seimbang kita akan mendapat
kesihatan dan tidak secara langsung jugak mengekalkan wajah muda kita.
Pemakanan seimbang ini tidak semestinya perlu mengikut piramid makanan
itu. Cuma kita perlu banyakkan minum air dan makan sayur2an. Sayuran itu
bukanlah sayuran yang kita masak dengan kaedah menumis atau mengoreng.
Ia lebih baik kalau kita makannya dengan mentah seperti ulam atau dengan
hanya merebus sahaja. Ini kerana ingin mengekalkan zat sayur tersebut.
- Makan buah
Buah adalah satu makanan yang banyak zatnya. Biasanya kita selalu
makan buah selepas makan. Sebenarnya cara ini tidak tepat. Sebaik2nya
buah ini dimakan sebelum kita makan makanan ruji kita. Itu yang terbaik.
p/s: korang suma kalo rase teringin nak share awet muda cara lain, bleh la tinggalkan komen.
2 comments:
petua sy plak...
amalkan tiap bgn subuh tu, bangkit ja dari tido (of coz dah baca doa bgn tdo) cuci tangan n hembus hidung (ni sunnah Nabi SAW) then, minum air kosong segelas (tanpa berus gigi dlu). semasa nak solat, b4 amik wuduk amalkan urutan pd wajah. xperlu lama. nti lambat solat subuh tu plak.
(kalau nak berseri wajah) pastu jgn sambung tdo lak pas solat subuh. sy juga selalu amalkan wuduk. asl terbatal amik blk (kena rajin larrr) sy juga amalkan senyum selalu walaupun pd family sendiri.. hahaha... kan satu sedekah tu...
sy amalkan mkan madu tiap2 pagi (wktu sarapan) n minum habbatus sauda'.
p/s: org y kata sy awet muda. sy sendiri xperasan. bila ditanya apa y sy amalkan seharian, itulah sy jwb.
Thanks.. terbaik!
sepatutnya itu yang jd amalan yang terbaik..
Post a Comment