sahabat :)

Sunday 26 June 2011

Rahsia Buah Delima

Buah Delima adalah sejenis buah yang banyak di sebut di dalam Al-Quran. Ia mengandungi khasiat yang cukup besar. Antara vitamin yang terkandung di dalam buah delima ialah:

  1. Fosfor
  2. Kalsium
  3. Zat Besi
  4. Sodium
  5. Vitamin seperti A,B1,B2,B3,C
Sodium dan Potassium akan saling bertindak balas akan mengaturkan ekuilibrium air dalam badan. Kesan daripada tindakan itu ia dapat menjaga degupan jantung supaya stabil dan berdegup secara normal. Keadaan ini adalah amat baik kepada ibu yang sedang mengandung supaya dapat menjaga anak dalam kandungannya. Selain itu juga, kesimbangan kadar Potassium dan juga Sodium ini dapat meningkatkan lagi kadar kepekaan saraf otot agar berfungsi secara teratur. Kajian mendapati bahawa ia dapat menguatkan rahim wanita.

Antara kelebihan lain Buah Delima ini adalah:-
  1. Menghalang pembentukan sel kanser.
  2. Mencantikkan kulit
  3. Mencegah daripada nyanyuk.
  4. Memberi tenaga
  5. Elok untuk pesakit darah tinggi dan rendah.
  6. Elok untuk sistem penghadaman.
  7. Mengurangkan berat badan.
  8. Menghalang daripada Morning Sickness(alahan orang mengandung)
  9. Menguatkan rahim

1 comment:

Unknown said...

menarik.. dah lama tak makan buah delima :D


http://eleventx.blogspot.com/2011/06/atwr-comic-transformers-dan-blog.html

Cite Yang Korang Terlepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...