sahabat :)

Monday 27 June 2011

Popular Selepas Mati

Berikut dinyatakan beberapa manusia yang terkenal selepas mereka mati tetapi semasa hidupnya tidak langsung di hiraukan malah karya dan ciptaan mereka tidak langsung mendapat pengiktirafan. Namun mereka menjadi ternama selepas apa yang mereka hasilkan diguna pakai zaman sekarang.

Galileo Galilee
Tokoh yang dilahirkan pada tahun 1564 ini sangat dikenali sebagai seorang saintis, ahli astronomi, dan pakar matematik. Jasa beliau yang paling diingati ialah mencipta teleskop untuk meninjau planet sekaligus membuktikan bahawa bulan mengelilingi bumi dan bukan sebaliknya. Malangnya penemuan berharga beliau tidak diterima malah di anggap sesat oleh gareja Khatolik yang sangat berpengaruh ketika itu. Akibatnya beliau dipenjara sebelum menjalani tahanan rumah sepanjang hidupnya. Meninggal dunia kepada usia 77 tahun Galileo digelar sebagai Bapa Sains Moden oleh Albert Einstein yang mana beliau bertanggungjawab melakukan revolusi saintifik dan mengubah pandangan dunia terhadap sains.




Emily Dickinson
Beliau akan dikenang sepanjang hayat atas karya-karya puisinya yang begitu menyentuh perasaan apatah lagi ketika itu peranan wanita tidak diiktiraf dalam masyarakat. Namun beliau dianggap sebagai penulis puisi yang pra-modenis dan inovatif. Bagaimanapun, beliau sememangnya dikenali sebagai seorang yang gemar mengasingkan diri dan dikatakan pernah mengalami kekecewaan dalam percintaan. Dilahirkan pada tahun 1830 di Massachusetts, beliau telah mengarang lebih 1800 puisi berkisar mengenai kehidupan, kematian dan alam sekitar berdasarkan pengalaman hidupnya. Pernah mengarahkan semua puisinya dibakar selepas kematiannya namun kakaknya Lavinia tetap menyimpan karya tersebut sebelum diterbitkan pada tahun 1890.




Marilyn Monroe
Dilahirkan pada 1926 dengan nama Norma Jeane Mortenson telah diangkat sebagai antara bintang paling menyinar pada zamannya. Membesar sebagai remaja bermasalah, beliau mula mencipta nama di Hollywood sebagai penyanyi, pelakon dan model paling hangat di pasaran 1946. Disebalik pelbagai anugerah dan kejayaannya, beliau dikatakan berdepan masalah peribadi yang teruk antaranya hyper sexuality, gangguan tidur, penyalahgunaan dadah dan masalah dalam hubungan cinta menjadi antara punca kematiannya pada 1962. Setelah kematiannya, beliau meneima lebih AS$2 juta(RM 5.9 juta) setahun melalui pelbagai tujuan iklan, lebih lumayan ketika beliau masih hidup.







Kurt Cobain


Lagenda muzik ketika zamannya tetapi membunuh diri akibat penyalahgunaan dadah pada tahun 1994 ketika berusia 27 tahun semasa namanya mula di puncak bersama kumpulan Nirvana. Beliau dikatakan memperoleh AS$25 juta (RM 75 juta) setahun melalui pelbagai iklan dan royalti muzik dan yang paling beruntung adalah isterinya, Courtney Love.

3 comments:

Unknown said...

kurt korbain memang fav.. :D
tak pernah tgk flem lakonan marilyn monroe

http://eleventx.blogspot.com/2011/06/atwr-comic-transformers-dan-blog.html

Chipcoklat said...

huhuh..fuhrer pun minat kurt cobain..tyme skolah dulu lagu nirvana ni berkemundang je kat telinga..

maza said...

gitewlah rezeki manusia.. kata org harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama...

sepekara lagi, hargailah semasa ada hayat sebelum kehilanggannya... huhuhu

Ops.. sudah sama kes dgn Tan Sri Dr. P.Ramlee..

Cite Yang Korang Terlepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...