Salam,
Disini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang gambar yang di hantar oleh sahabat saya melalui email. Beliau mendapat gambar ini daripada seorang kawannya dari Jakim. Sila lihat dan nilai sendiri. Inilah yang merisaukan kita apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengambil ringan isu ini. Sila lihat photo di bawah dan tinggalkan komen anda.
|
Beberapa pegawai Jakim telah sampai ke kawasan pemprosesan ayam |
|
Ayam yang tidak di sembelih mengikut syarak |
|
Ayam yang mati lemas bukan mati sbb sembelihan |
|
Tiada kesan sembelihan tetapi masih dijual |
|
Ada lagi ayam yang tak di sembelih |
Mengikut sahabat saya tadi, tempat pemprosesan ini berada di sekitar ibu kota. Syarikat pemprosesan ayam ini mempunyai jumlah pelanggan yang ramai. Antara pelanggan yang tetap syarikat ini adalah restoran besar dan restoran barat yang ada tanda 'HALAL'.
Saya sungguh sedih dan marah dengan berita ini kerana kita sebagai rakyat dan umat Islam telah diperkotak-katikkan oleh individu yang tidak sealiran agama. Selama ini, saya berasa yakin untuk pergi menjamu selera di restoran-restoran yang terkemuka tetapi selepas saya mengetahui hal ini, saya telah menjadi was-was dengan apa yang saya makan sebelum ini.
Bagi yang membaca blog ini, saya berharap anda semua berhati-hati apabila menjamu selera di restoran-restoran. Jika berasa was-was, lebih baik beli di warung atau restoran yang di yakini kehalalannya.
13 comments:
tnpa Islam memerintah kehidupan manusia , maka jdlah mcm tu :(
jd kita sebagai umat Islam..kene berhati2..
generasi kita akan pangai pelik2 bila mkn minum kita bcampur halal haram.. sama ada kita sedar atau x.. risau jgak pikir hal ni...
semua ni berlaku sebab manusia semakin tamat mengurangkan kos .. cuba tgk video meet your meat kat youtube
sepatutnya gambar ini tunjukkan syarikat yang jual bangkai ayam ni skali supaya kami bleh boikot product syarikat ini.Macam kat tv le,slalu siar ayam yang tak semelih dgan betul, tapi jenama ayam mesti nak sembunyi.Baik tak yah siar buat panas hati je. nak jaga periuk nasi orang je, nasib seagama letak tepi..
itu la... sbb ade pendapat mengatakan yg kalo di siarkan nama-nama syarikat ini akan menimbulkan kontrovesi.. ntah lah fuhrer pun x tau nak cakap ape..
pttla skang maikn ramai org berkelakuan pelik..sbb makanan skang x tahu halal ke x..campur aduk semuanya..lps 1 kes timbul kes lain..duk kg lain citer leh bela yaam sndiri..
tue la..skrg kat msia sndiri pun ssh nak pasti kan btol2 halal ke tdak kan,,erm..
sepatutnya gambar resit tunjukan logo syarikat pembekal skali bukan hanya pembeli, pappa rich. macam ada udang sblik batu..lagi satu buat apa gambar pengawai jakim tu, nak bukti diaore buat keja ke..
Aduh!Aduuuh!..gerenti dah termakan bangkai ayam aku ni...celaka betullah diaorang ni..Inilah masalah pemerintah kalau tak berpaksikan Islam sebenar.
umat islam kena berhati2
Pabila Habuk Tidak Sia-Sia
takutla jgk bila hal mcm ni trjd..ada pihak yg amik ringan@mudah je soal2 mcm ni..pihak bkuasa@pihak bwajib prlu mmantau&amik tindakn skiranya ddpati bslah jgn biarkn mcm 2 je..kita yg bragama islam dwajibkn mmkn makann yg halal srt sumber2 yg baik&halal krna 1makann yg msuk kedlm tubuh kita akn dsoal d ahirat klak&kita akn dptangungjwbkn d atas pbuatn kita d dnia
Kena lebih berhati2 ni~~
Post a Comment