As'salam kepada pembaca Blog Cecita-Cecita sekalian..
Sebelum nak pegi keje ni.. saya nak share kepada anda semua 5 amalan yang baik yang patut di praktikkan anda semua jika anda ingin berjaya pada 2012 ini.
1 Bangun pagi dengan muka yang senyum.
- Ya mengikut kajian sains.. apabila kita memulakan sesuatu kerja dengan senyuman, hasil kerja tersebut akan menjadi lebih baik jika tidak dimulakan dengan senyuman. Selain itu, ia akan dapat memberikan mood yang baik kepada kita walaupun semalamnya kita tak da mood.
2. Bangun Awal.
- Ya btul tu.. bangun awal juga akan memberikan satu impak yang besar sebenarnya kepada diri kita. Ia nampak macam perkara remeh. Namun jika anda tak percaya boleh cuba. bagi yang beragama Islam semestinya dia perlu bangun awal kerana ingin mengerjakan solat Subuh.
3. Sarapan Pagi.
- Sarapan pagi ni wajib tau. Sebab apa wajib.. Ini kerana sarapan pagi akan memberikan kita tenaga untuk kita gunakan ketika bekerja. Ada pendapat mengatakan, faktor lelaki berperut buncit adalah kerana dia selalu nya meninggalkan sarapan pagi.
4. Memberikan senyuman kepada orang lain.
- Bukan susah pun nak senyum kat orang lain kan. Tak salah kalo kita senyum kepada orang lain. Senyum ni sebenarnya banyak effectnya kepada masyarakat. Kalau kita senyum, dan memberikan senyuman itu kepada orang lain, secara tidak langsung jika orang yang kita lemparkan senyuman itu dalam keadaan moody ia akan bertukar kepada gembira. Secara tidak langsung juga kita telah buat satu keadaan yang ceria. Tak caya boleh test hari ni.
5. Zikrullah
- Berzikir lah setiap masa. Sesungguhnya orang yang berzikir ini akan disucikan hatinya dari membuat perkara -perkara yang berdosa dan juga barang siapa yang berzikir, maka Allah akan mengutuskan malaikat untuk menjaganya daripada terkena perkara-perkara yang buruk.
Jadi, itu lah sahaja yang dapat saya sharekan pada pagi ini. semoga anda akan memulakan pagi ini dengan pagi yang ceria.
1 comment:
Amalan yang baik dapat kurang risiko kesihatan kalau sentiasa mempunyai aura ceria.
Post a Comment