Jangan mudah merasa rendah diri
jika kamu termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk. Ini kerana
kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi, gempal, atau gemuk
dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus
& sederhana. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah
pertubuhan di Jerman baru-baru ini.
Soal selidik tersebut yang
dilakukan terhadap 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31-69 tahun.
Setiap responden ditanyakan soalan tentang tarikan mereka terhadap
seksual. Hasilnya, didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka tertarik untuk bersikap curang. Sedangkan lelaki dalam kategori berat badan berlebihan hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka. Manakala, 19% lelaki yang memiliki berat badan kurang atau terlebih kurus akan bersikap curang terhadap pasangannya.
Justeru itu, para penyelidik
membuat kesimpulan bahawa lelaki gemuk apabila jatuh cinta, akan lebih
memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius & bersedia
member komitmen jika dibandingkan untuk mencari bersikap curang.
Selain itu, perut berotot yang
dimiliki lelaki atau sering disebut dengan istilah ‘ six pack’,
ternyata tidak menjadi perkara utama untuk menarik perhatian wanita.
Kumpulan penyelidik dari University of Queensland, Australia membuat
kesimpulan tersebut dari pemerhatian terhadap iklan yang menampilkan
bentuk tubuh lelaki. Tanggapan penyelidik terhadap tubuh lelaki berotot
sama sahaja dengan iklan yang menonjolkan tubuh lelaki memiliki ukuran
rata. Para responden yang terlibat dalam soal selidik itu, memberikan
tahap sama pada lelaki bertubuh sedikit berisi, ramping & berotot.
Phillippa Diedrichs, seorang
penyelidik mengungkap promosi iklan tidak perlu terlalu menekan pada
otot yang kuat & perut berotot. Hasil kajian ini telah menjadi
bahan perdebatan di antara pihak media tentang bentuk tubuh lelaki
paling sempurna. Malah, hingga kini secara khusus telah memberi
gangguan pola pemakanan di kalangan wanita muda.
Diedrichs menunjukkan contoh
iklan jeans, barangan rawatan kulit & pewangi tubuh yang
menggunakan model lelaki berotot kini sudah mencecah lebih dari 600
golongan remaja lelaki. Hasilnya memang para remaja member kesan
positif terhadap iklan yang menggunakan lelaki berotot. Tetapi,
faktanya iklan yang hanya menonjolkan produk lebih efektif dari apa
yang dibawakan oleh model tersebut.
“Beberapa responden beranggapan
bahawa model lelaki berotot menunjukan imej homoseksual. Imej tersebut
bagi mereka mungkin tidak menyenangkan,” kata Diedrichs, seperti
diperoleh dari Times Of India. Hasil kajian Diedrichs pada tahun 2008
menunjukkan bahawa model lelaki memiliki tubuh berisi atau gemuk sama
kesannya dengan model langsing. Dan ini telah mematahkan prinsip
industry yang menganggap model berisi ‘tidak boleh dijual’.
No comments:
Post a Comment