Disebutkan didalam kisah Rasulullah saw ketika baginda melakukan Israk dan Mikraj baginda telah melalui 7 lapisan langit. Setiap langit itu mempunyai jalan cerita yang sendiri. Jika ditanya kisah Israk dan Mikraj Rasulullah, semua mengetahuinya. Tetapi apa yang ingin dilontarkan disini adalah berapa ramai yang mengimani kisah ini.
Kisah ini adalah satu mukjizat besar yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah saw. Ia adalah pembuktian yang menyatakan Allah itu wujud sama sekali. Perjalanan Rasulullah yang mengambil masa hanya satu malam menguatkan lagi pembuktian kekuasaan Allah S.W.T. Seharusnya jika tahu dan memahami kisah ini maka seorang manusia itu bukan sahaja mengagumi kebesaran Allah bahkan bertambah takut dengan Allah kerana dalam Israk dan Mikraj ini telah di perlihatkan kepada baginda tentang siksaan yang akan diterima kepada umatnya yang melaku perkara mungkar. Malangnya manusia sekarang hanya mendengar cerita ini sekadar mengaguminya.
Mengapa jadi begini? Ini adalah kerana hatinya sudah mati dan hitam. Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :
1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak
mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani
sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan
tidak minum, begitulah juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah
diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya
tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan
bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).
Firman Allah:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
…dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu.”

Wallahualam..
2 comments:
kejadian pelik dan keajaibpan di dunia ini adalah semata-mata untuk memperingatkan umat manusia tentang kewujudan Tuhan dan kekuasaannya..
betul 2..kdng2 pkara2 pelik 2 nak menunjukkn yg Allah s.w.t. 2 maha bkuasa,agung,kaya dll lg..yg baik djadikn teladan manakala yg bruk 2 djadikn smpadan@iktibar yg bguna utk mginsafi diri
Post a Comment